SweetMuslimah.com

Monday, December 15, 2014

Tempat makan best : Nasi lalap Gerai Es Teler Highway


Assalamualaikum & very good morning!

Hari Sabtu lepas, aku temankan Kak Aini pergi ziarah kenalan masa kat Elken yang meninggal kat US. Sabtu tu baru sampai Malaysia selepas 19 hari kat sana. Boleh bayangkan perasaan keluarga yang tunggu jenazah tu balik sini? Tak dapat kan? Aku pun tak dapat bayangkan. Kalaulah jadi dekat family sendiri macam mana? Astaghfirullah.

Mungkin ada juga yang tertanya-tanya, kenapa tak segerakan pengebumian kan? Just bury jenazah there. Aku pun tak tahu, dan tak tergamak nak tanya. Cuma anggap yang baik-baik. Dan kalau boleh, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Kak Suzana. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Balik tu, lepas sesat barat mencari rumah arwah di Taman Wawasan, perut lapar la pulak. Konon aku sekarang tenagn diet, tapi pagi tu bangun lambat. maka, terlepas sarapan. Oke, salah sendiri! Makanya, lapar dah sampai tahap nak makan orang, kami pun decide nk makan Nasi lalap. Tempat pilihan adalah Highway, Gerai Es Teler.

Highway kat Tawau ni bukan macam highway kat semenanjung nun ye. Highway adalah kata nama lain untuk jalan straight tepi laut. dalm 1 km gitu jek. Kalau nak compare dengan semenanjung, tak payah la. 1% pun tak sama. Hahaha.

Kita orderrrrrrr dulu. 


Nasi lalap. Nasi kosong. Pakej dia 2 ketul ayam goreng tepung, timun, kobis + kacang panjang celur, tempe, sup kosong dan sambal. Sambal tu yang sedapppppp giler. Memang mintak refill seploh kali pun x cukup.

Tapi yang dalam gambar ni, aku oder nasi aspar. Yang sayur tu semua dia tukar dengan telur dadar. sangat sesuai untuk orang kureng suke sayur. Hihi

Close-up lagi

Kalau datang Tawau tak sah tak makan nasi lalap ni tau. Lepas makan memang boleh terlelap. :). Kedai Es Teler ni memang fames kat tawau ni. Kalau tak jumpe, boleh je tanye orang, mesti diorang boleh tlg directkan.

Jangan lupe oder sekali air kelapa pandan die yang super nyummiiih. Lepas habis makan boleh jalan2 kat tepi laut, tengok bot-bot nelayan yang bersidai kat situ.


Kredit: Google

Kredit: Google

Kredit: Google

Highway yang multi-task. Tempat beriadah, jogging, berkelah, memancing sekali!


Walau tempat die macam, errrrr, kureng sikit, tapi sedap! Rekemen!
Jadi, jangan lupe rasa ye! Kbai.

P.s: Selain tu, nasi ayam penyet pun sodap. Nora bagi 4 bintang.

Tempat makan best : Nasi lalap Gerai Es Teler Highway
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+