SweetMuslimah.com

Sunday, December 28, 2014

Resepi : Nasi mandy ayam

Akhirnya, habis jugak cuti. Seminggu tu macam tak terasa, huhuhu. Rasa nak cuti lagi, huwaaaaaa..Apakan daya, hidup perlu diteruskan, kerja tu dah memanggil-manggil, menimbun atas meja. Apa lah nasib kan?

Jadi, nak cerita pasal cuti hari tu lah. Hari Isnin tu kitorang sekeluarga bertolak ke Langkawi naik Malindo Air. Abang ipar hantar. Pagi-pagi buta dah bangun oiiiii, takut kena tinggal kapal punya pasal. Pasal dulu aku bertiga dgn abah mak hampir2 nak kena tinggal AirAsia sebab lambat masuk terminal. Kahhhhkahkah. Learnt from lesson, bangun awai, pg airport awai, masuk gate pun awai. Lega.

Tapi, bukan nk cite pasal Langkawi, haahaha, kena tipu. Nk cerita, hari tu aku beli rempah Chef Ammar Al-Ali. Ala,yg tagline dia "Masak dengan hati, masak dengan iman". Pemes weh chef ni. Skrg tengah bersiaran kat Tv Alhijrah. Rancangan masakan mediterranean. 

Yg aku beli rempah segera untuk masak nasi mandy & kabsah. Untung beli rempah ni, dah tak payah nk cari bunga lawang, kayu manis segala. Guna je rempah ni, untuk nasi dan juga lauk sekali. Kalau guna kat nasi je boleh sampai 10kg tuh, siap kenduri la gamaknya tu!! Ekekeke. Kalau sekali dengan lauk, up to 6kg boleh guna. Amat memudahkan kannnn.

Jom, tengok resepi mudah & ringkas + tak renyah. Orang yg malas tapi kuat makan mengidam nak makan macam-macam sesuai guna resepi ni.

RESEPI NASI MANDY AYAM

Nasi:-
4 cwn beras basmathi (rendam 1/2 jam) 》》Aku guna beras biasa
2 labu bwg besar
4 ulas bwg putih
7 biji cili hijau
3 sudu minyak sapi 》》Aku tak guna minyak sapi. Kalau guna lagi sedap + bau wangi
3 sudu rempah mandy
*Mayang bawang dengan cili hijau

Ayam:-
Ayam 1 1/2 potong 12. 》》Potong 8 mcm x cukup plk. Org ramai
2 sudu rempah mandy
1 liter air
1/2 inci halia *mayang
2 labu bwg besar *mayang
4 ulas bwg putih *mayang
Minyak zaitun》》》Aku x pakai ni. Minyak zaitun bagi ayam tu semerbak 

Cara masak:-
1. Rebus ayam sekali dengan halia, bwg putih + merah yg dimayang. Paras air sampai menutupi kesemua ayam. Masukkan sekali 2 sudu rempah mandy.





2. Rebus sampai ayam agak masak. Lepas tu, keluarkan ayam dan ketepikan.

3. Tumis bhn untuk nasi yang dimayang menggunakan minyak sapi / minyak sayuran sampai garing. Lepas tu masukkan 3 sudu rempah mandy. Tumis sampai naik bau.

4. Masukkan beras dan air rebusan ayam td. Air ikut sukatan beras. Gaul sekejap. Masukkan beras dengan air rebusan td dalam rice cooker.

5. Masak dalam rice cooker. Masa ni jangan gaul beras dah. Biar je. Bila nasi dah kering air ( tapi belum masak), susun ayam yg telag disapu dengan minyak zaitun diatas nasi. Tutup semula periuk. Biarkan nasi masak.

6. Dah masak, boleh hias nasi dengan ulam》》 timun + tomato. Tambahkan sos hara untuk lg ummmppp.

Sos Harrah:-
3 biji tomato
1 batang saderi
5 biji cili hijau
sedikit lemon
garam
gula
*kisar semua sekali



Gmbr tu aku cilok dari Kak Azie Kitchen. Sebab gmbr ni je yg nmpk sama mcm gmbr nasi yg aku buat. Gmbr aku dah corrupt, penat je semangat ambik gmbr lepas nasi siap. 

Tapi takpe, lepas ni aku buat Nasi kabsah ayam pulak. Dan aku akan pastikan kali ni gmbr tak rosak. Kahkahkah. Doakan semoga aku punya kerajinan yg tinggi ye!

Kalau korang nak dapatkan rempah chef ammar tu, boleh beli kat sini , fb: ChefAmmarSpicesOnline. Sebotol RM 22.00 je. Aku la yg jual tu, hihi;)




Okeh, selamat bermasak-masak.

"MASAK DENGAN HATI, MASAK DENGAN IMAN"

Resepi : Nasi mandy ayam
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
December 16, 2015 at 9:44 PM

Boleh beli dengan pengedar Rempah Chef Ammar di http://www.facebook.com/messages/LuvMasakLuvMakan. Saya dah tak jual rempah ni lagi :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+