SweetMuslimah.com

Monday, December 29, 2014

Resepi: Ayam Kabsah

Malam ni masak ayam kabsah. Mula masak lepas solat isyak, dalam pukul 7.50 mlm. Siap masak pukul 8.05 mlm. Hebat tak? Masak ape yg kejap bonar tu? Curious? Heh. Memang patut curious pun. Ekeke.

Masa nak memasak jadi singkat, sebab ade pembantu la, bukan orang, tapi, jeng jeng jeng》》》》Chef Ammar Kabsah Spices. Yey. Senang je ade rempah dah siap ni, tinggal tumis dengan bawang besar dan bawang putih je. Balik keje, penat, capai je rempah ni, masak, settle. Siap. Lauk sedap, jimat tenaga. Hebat tak?

Jadi, ni resepi sonang, mudah nak pengsan. Boleh cuba nanti ye.

Resepi: Ayam Kabsah

Bahan-bahan:

Ayam
1 labu bawang besar *mayang
2 ulas bawang putih * mayang
1/2 inci halia * mayang
2 biji cili hijau *potong bulat
2 biji tomato * potong dadu
2 sudu rempah kabsah
garam & gula * secukup rasa



Cara masak:-

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga garing. 

2. Masukkan cili hijau dengan tomato. Kalau ada tomato puri, boleh jugak masukkan 1 sudu. Tumis sekejap. 

3. Masukkan pula 2 sudu rempah kabsah. Kacau rata hingga naik bau. Tambah minyak sikit kalau tumisan jadi terlalu kering lepas masuk rempah kabsah. Pastikan rempah tak hangit ye. Kemain syok menggaul kan, tak sedar rempah hangit. Hahaha. Siap korang!

4. Lepas naik bau, masukkan ayam. Gaul - gaul supaya rempah sebati dengan ayam. Masak lebih kurang 3 minit.

5. Masukkan air. Sukatan air ni ikut suka hati. Kalau terlampau banyak nnti jadi sup, so, agak-agak la eh. Kacau rata. Masukkan garam & gula secukup rasa.

6. Guna api sederhana besar, tutup periuk dengan tudung periuk. Biar menggelegak, dan jugak nak biar kuah jadi pekat. Sekali sekala buka tudung periuk untuk kacau kuah & biar wap keluar.

7. Tutup api bila ayam dah masak & kuah dah pekat. Boleh hidang dan makan! Siap.



Bon appetit!! Bismillah...



Resepi: Ayam Kabsah
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+