SweetMuslimah.com

Wednesday, December 31, 2014

Alternator rosak? Kesan tanda-tanda kerosakan tersebut.

Hai, selamat pagi. Gud morning. Sobahul khair

Semalam mengajar, tajuk masih lagi pada pengecas ulang-alik / alternator. Bagi teori sikit-sikit, then proceed to practical. Sebelum tu, kita recharge dulu memory sebab minggu lepas student cuti semester seminggu. Dah cuti kan? Kompem la tak study. Lagipun, belum nak exam lagi. Buat ape nak study kan? Kan?Kan? Toksah nak tipu la, aku dulu pun belajar jugak. Hahahaha. Dah tau sangat lumrah student.

Jadi, kalau anda suspek, alternator anda rosak. Macam mana nak kenalpasti, salah alternator atau salah komponen kereta yang lain? Mula-mula sekali.

1. Periksa bateri kereta

-Ini yang selalu aku tekankan kepada student, ape-ape hal sekali pun, bila enjin kereta susah nak hidup/ memang tak hidup, periksa dulu bateri. Ape yang perlu diperiksa?
  • Paras air bateri. Pastikan paras air berada pada tahap yang sepatutnya.
  • Keadaan terminal bateri. Kalau longgar, ketatkan sambungan wayar terminal tersebut. Sebanyak 80% enjin kereta tak boleh hidup sebab wayar bateri longgar. Kereta kawan pun jadi macam tu jugak hari tu. Lepas ketatkan sambungan wayar terminal, MAGIC! hidup terus enjin.Hihi
-Kalau bateri lemah sebab malam tu korang lupa tutup lampu, ok, itu salah sendiri! Hahaha.

2. Tengah drive, tiba-tiba lampu penunjuk bateri di dashboard menyala?


Kredit: Google

-Nah, itu tanda terbesar yang alternator dah rosak. Paling senang nak bagitahu. Selalunya, lepas jadi macam tu, korang akan rasa something wrong with the car. Kelajuan pun akan berkurangan dengan sendiri. 
-Ini jadi sebab enjin beroperasi menggunakan sumber kuasa daripada bateri semata-mata. Alternator sudah tidak berfungsi untuk mengecas bateri. Bawa kereta korang ke bengkel yang berdekatan untuk diperiksa ye.

3. Hidupkan enjin, lepas tu, cabut wayar terminal negatif bateri

-Ini perkara paling asas untuk periksa samada alternator masih berfungsi atau tidak. Kalau jadi perkara no.2, tapi korang tak sure nak bawak pegi bengkel atau tidak, buat bende ni. Kalau lepas cabut wayar negatif, enjin mati. Maksudnya kompem alternator rosak. Sila lah ganti yang baru.
-Hati-hati kalau buat kerja pemeriksaan elektrik ni, takut-takut terkaren, sape susah? Hihihi. 

Biasanya benda-benda asas macam ni, pemandu kereta mostly lelaki tahu. Yang kureng tahu, drivers wanita. Tapi takpe, informasi sentiasa dihujung jari. Find, apply and learn. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 
Alternator rosak? Kesan tanda-tanda kerosakan tersebut.
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
November 11, 2015 at 7:35 AM

Terima kasih..good sharing..kipidap

Reply
avatar
June 2, 2016 at 3:07 PM

nice sharing.. kita perempuan nih jarang nak ambik tau lebih2.. perkara asas jer yg ambik tahu dan peduli..

Reply
avatar
June 7, 2016 at 12:32 PM

Hehe. Kita pun kadang-kadang kena ambik tahu sikit-sikit pasal kereta. Pengetahuan am kata orang :)

Reply
avatar
Anonymous
September 17, 2016 at 11:07 AM

kipidapcikgu...salutela prempuanblehtahupsalkretamcm

Reply
avatar
October 5, 2016 at 12:10 PM

Biasa je tu. Rasanya ramai lagi perempuan yg terer pasal kereta :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+