Nurul Shahira:

Wednesday, December 31, 2014

Alternator rosak? Kesan tanda-tanda kerosakan tersebut.

December 31, 2014 7 Comments
Hai, selamat pagi. Gud morning. Sobahul khair

Semalam mengajar, tajuk masih lagi pada pengecas ulang-alik / alternator. Bagi teori sikit-sikit, then proceed to practical. Sebelum tu, kita recharge dulu memory sebab minggu lepas student cuti semester seminggu. Dah cuti kan? Kompem la tak study. Lagipun, belum nak exam lagi. Buat ape nak study kan? Kan?Kan? Toksah nak tipu la, aku dulu pun belajar jugak. Hahahaha. Dah tau sangat lumrah student.

Jadi, kalau anda suspek, alternator anda rosak. Macam mana nak kenalpasti, salah alternator atau salah komponen kereta yang lain? Mula-mula sekali.

1. Periksa bateri kereta

-Ini yang selalu aku tekankan kepada student, ape-ape hal sekali pun, bila enjin kereta susah nak hidup/ memang tak hidup, periksa dulu bateri. Ape yang perlu diperiksa?
  • Paras air bateri. Pastikan paras air berada pada tahap yang sepatutnya.
  • Keadaan terminal bateri. Kalau longgar, ketatkan sambungan wayar terminal tersebut. Sebanyak 80% enjin kereta tak boleh hidup sebab wayar bateri longgar. Kereta kawan pun jadi macam tu jugak hari tu. Lepas ketatkan sambungan wayar terminal, MAGIC! hidup terus enjin.Hihi
-Kalau bateri lemah sebab malam tu korang lupa tutup lampu, ok, itu salah sendiri! Hahaha.

2. Tengah drive, tiba-tiba lampu penunjuk bateri di dashboard menyala?


Kredit: Google

-Nah, itu tanda terbesar yang alternator dah rosak. Paling senang nak bagitahu. Selalunya, lepas jadi macam tu, korang akan rasa something wrong with the car. Kelajuan pun akan berkurangan dengan sendiri. 
-Ini jadi sebab enjin beroperasi menggunakan sumber kuasa daripada bateri semata-mata. Alternator sudah tidak berfungsi untuk mengecas bateri. Bawa kereta korang ke bengkel yang berdekatan untuk diperiksa ye.

3. Hidupkan enjin, lepas tu, cabut wayar terminal negatif bateri

-Ini perkara paling asas untuk periksa samada alternator masih berfungsi atau tidak. Kalau jadi perkara no.2, tapi korang tak sure nak bawak pegi bengkel atau tidak, buat bende ni. Kalau lepas cabut wayar negatif, enjin mati. Maksudnya kompem alternator rosak. Sila lah ganti yang baru.
-Hati-hati kalau buat kerja pemeriksaan elektrik ni, takut-takut terkaren, sape susah? Hihihi. 

Biasanya benda-benda asas macam ni, pemandu kereta mostly lelaki tahu. Yang kureng tahu, drivers wanita. Tapi takpe, informasi sentiasa dihujung jari. Find, apply and learn. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Monday, December 29, 2014

Resepi: Ayam Kabsah

December 29, 2014 0 Comments
Malam ni masak ayam kabsah. Mula masak lepas solat isyak, dalam pukul 7.50 mlm. Siap masak pukul 8.05 mlm. Hebat tak? Masak ape yg kejap bonar tu? Curious? Heh. Memang patut curious pun. Ekeke.

Masa nak memasak jadi singkat, sebab ade pembantu la, bukan orang, tapi, jeng jeng jeng》》》》Chef Ammar Kabsah Spices. Yey. Senang je ade rempah dah siap ni, tinggal tumis dengan bawang besar dan bawang putih je. Balik keje, penat, capai je rempah ni, masak, settle. Siap. Lauk sedap, jimat tenaga. Hebat tak?

Jadi, ni resepi sonang, mudah nak pengsan. Boleh cuba nanti ye.

Resepi: Ayam Kabsah

Bahan-bahan:

Ayam
1 labu bawang besar *mayang
2 ulas bawang putih * mayang
1/2 inci halia * mayang
2 biji cili hijau *potong bulat
2 biji tomato * potong dadu
2 sudu rempah kabsah
garam & gula * secukup rasa



Cara masak:-

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga garing. 

2. Masukkan cili hijau dengan tomato. Kalau ada tomato puri, boleh jugak masukkan 1 sudu. Tumis sekejap. 

3. Masukkan pula 2 sudu rempah kabsah. Kacau rata hingga naik bau. Tambah minyak sikit kalau tumisan jadi terlalu kering lepas masuk rempah kabsah. Pastikan rempah tak hangit ye. Kemain syok menggaul kan, tak sedar rempah hangit. Hahaha. Siap korang!

4. Lepas naik bau, masukkan ayam. Gaul - gaul supaya rempah sebati dengan ayam. Masak lebih kurang 3 minit.

5. Masukkan air. Sukatan air ni ikut suka hati. Kalau terlampau banyak nnti jadi sup, so, agak-agak la eh. Kacau rata. Masukkan garam & gula secukup rasa.

6. Guna api sederhana besar, tutup periuk dengan tudung periuk. Biar menggelegak, dan jugak nak biar kuah jadi pekat. Sekali sekala buka tudung periuk untuk kacau kuah & biar wap keluar.

7. Tutup api bila ayam dah masak & kuah dah pekat. Boleh hidang dan makan! Siap.



Bon appetit!! Bismillah...



Melancong ke Jepun bersama Downy

December 29, 2014 2 Comments

Wahhhhh, teringinnya nak pegi melancong ke Jepun! Tokyo boleh, Narita boleh, Fukuoka boleh, mana-mana lah,yang penting, nama dia Jepun! Yey.

Tapi, apakan daya, kalau tengok tiket Air Asia X, tak pun Malaysia Airlines, masyaAllah, mau pitam aku. Huhuhu. Rasa macam tak mampu plak! Haih. Even dah keje nak dekat 3 tahun, rasanya macam belum mampu lagi nak melancong oversea. Tapi, kejenye over the sea jugak. Ekekeke. Tapi, marilah kita berangan-angan dulu. Survey-survey tempat yang best nak melawat nanti. Angan-angan tak kena bayar, ye dak?

Tempat yang aku teringin nak pegi:

  • Tokyo Tower




  • Kinkaku-ji @ The Golden Pavilion
Kinkaku-ji Temple

Kinkaku-ji terletak kat Kyoto. Dia termasuk dalam senarai 10 tempat yang mesti dilawati bila kita ke Kyoto. It a must!

  • Toei Kyoto Studio Park

Dah sampai Kyoto, mesti pegi sini jugak! Kat sini jugak sebenarnya dibuat tempat penggambaran untuk TV dan drama. Yang ala-ala cerita samurai tuuuhhh. Boleh feeling-feeling hidup dekat zaman samurai plak! Hihihi. 

  • Disneyland Tokyo


Datang Tokyo tak pegi Disneyland adalah satu kerugian ok! Macam makan nasi lemak takde sambal ikan bilis atau makan roti canai tanpa kuah kari. Perghhhh. Rugi wa cakap sama lu! Bila lah nak sampai ni -_-

Rasanya, tu je yang aku baru terfikir. Sebenarnya banyak gila tempat best kat Jepun ni. Kalau pegi Shibuya lagiiiii gila best. Dan jangan lupa ambik gambar dekat Shibuya crossing, persimpangan luar stesen Shibuya. Famous oh crossing ni, siap buat drama cintan tangkap leleh banyak kali kat jalan ni.

Shibuya Crossing

Sebenarnya banyak lagi Japan attraction. Terlalu banyak. Kalau pegi sendiri memang jadi rambang perasaan. Hahahaha. Sebab tu, untuk yang rasa tiket kapal terlalu mahal untuk korang @ tak jumpa harga pakej yang sesuai, ada berita baik untuk korang. Kenal tak dengan DOWNY?


Ini lah, yang bagi baju korang bau wangi tu. Kat rumah aku pakai Downy Passion ni. Buat baju yang aku basuh jadi wangi nak mampus. Hahaha. Siap effect bilik aku pun jadi wangi sebab baju wangi.

Downy nak terbangkan pemenang ke Jepun, tapi ada syaratnye tau uooolls. kena beli apa-apa je Downy Parfum 900ml. Diulangi 900ml dan uools dah boleh sertai peraduan ni. Kalau tak dapat tix jepun, ada jugak hadiah lumayan lain untuk dimenangi. Contohnya Rimowa Luggage Bag  atau Fujifilm Instant Camera. Best tak?

Senang je cara penyertaan. Sertakan sekali resit pembelian Downy parfum 900ml dan isi borang. Hantar. Siap. Peraduan ni sehingga 1 FEBRUARI 2015 sahaja tau! Cepat, jangan lambat!

Untuk keterangan lanjut / nak sertai peraduan, klik sini : Downy


Gambar: Kredit Google

Sunday, December 28, 2014

Resepi : Nasi mandy ayam

December 28, 2014 2 Comments
Akhirnya, habis jugak cuti. Seminggu tu macam tak terasa, huhuhu. Rasa nak cuti lagi, huwaaaaaa..Apakan daya, hidup perlu diteruskan, kerja tu dah memanggil-manggil, menimbun atas meja. Apa lah nasib kan?

Jadi, nak cerita pasal cuti hari tu lah. Hari Isnin tu kitorang sekeluarga bertolak ke Langkawi naik Malindo Air. Abang ipar hantar. Pagi-pagi buta dah bangun oiiiii, takut kena tinggal kapal punya pasal. Pasal dulu aku bertiga dgn abah mak hampir2 nak kena tinggal AirAsia sebab lambat masuk terminal. Kahhhhkahkah. Learnt from lesson, bangun awai, pg airport awai, masuk gate pun awai. Lega.

Tapi, bukan nk cite pasal Langkawi, haahaha, kena tipu. Nk cerita, hari tu aku beli rempah Chef Ammar Al-Ali. Ala,yg tagline dia "Masak dengan hati, masak dengan iman". Pemes weh chef ni. Skrg tengah bersiaran kat Tv Alhijrah. Rancangan masakan mediterranean. 

Yg aku beli rempah segera untuk masak nasi mandy & kabsah. Untung beli rempah ni, dah tak payah nk cari bunga lawang, kayu manis segala. Guna je rempah ni, untuk nasi dan juga lauk sekali. Kalau guna kat nasi je boleh sampai 10kg tuh, siap kenduri la gamaknya tu!! Ekekeke. Kalau sekali dengan lauk, up to 6kg boleh guna. Amat memudahkan kannnn.

Jom, tengok resepi mudah & ringkas + tak renyah. Orang yg malas tapi kuat makan mengidam nak makan macam-macam sesuai guna resepi ni.

RESEPI NASI MANDY AYAM

Nasi:-
4 cwn beras basmathi (rendam 1/2 jam) 》》Aku guna beras biasa
2 labu bwg besar
4 ulas bwg putih
7 biji cili hijau
3 sudu minyak sapi 》》Aku tak guna minyak sapi. Kalau guna lagi sedap + bau wangi
3 sudu rempah mandy
*Mayang bawang dengan cili hijau

Ayam:-
Ayam 1 1/2 potong 12. 》》Potong 8 mcm x cukup plk. Org ramai
2 sudu rempah mandy
1 liter air
1/2 inci halia *mayang
2 labu bwg besar *mayang
4 ulas bwg putih *mayang
Minyak zaitun》》》Aku x pakai ni. Minyak zaitun bagi ayam tu semerbak 

Cara masak:-
1. Rebus ayam sekali dengan halia, bwg putih + merah yg dimayang. Paras air sampai menutupi kesemua ayam. Masukkan sekali 2 sudu rempah mandy.





2. Rebus sampai ayam agak masak. Lepas tu, keluarkan ayam dan ketepikan.

3. Tumis bhn untuk nasi yang dimayang menggunakan minyak sapi / minyak sayuran sampai garing. Lepas tu masukkan 3 sudu rempah mandy. Tumis sampai naik bau.

4. Masukkan beras dan air rebusan ayam td. Air ikut sukatan beras. Gaul sekejap. Masukkan beras dengan air rebusan td dalam rice cooker.

5. Masak dalam rice cooker. Masa ni jangan gaul beras dah. Biar je. Bila nasi dah kering air ( tapi belum masak), susun ayam yg telag disapu dengan minyak zaitun diatas nasi. Tutup semula periuk. Biarkan nasi masak.

6. Dah masak, boleh hias nasi dengan ulam》》 timun + tomato. Tambahkan sos hara untuk lg ummmppp.

Sos Harrah:-
3 biji tomato
1 batang saderi
5 biji cili hijau
sedikit lemon
garam
gula
*kisar semua sekali



Gmbr tu aku cilok dari Kak Azie Kitchen. Sebab gmbr ni je yg nmpk sama mcm gmbr nasi yg aku buat. Gmbr aku dah corrupt, penat je semangat ambik gmbr lepas nasi siap. 

Tapi takpe, lepas ni aku buat Nasi kabsah ayam pulak. Dan aku akan pastikan kali ni gmbr tak rosak. Kahkahkah. Doakan semoga aku punya kerajinan yg tinggi ye!

Kalau korang nak dapatkan rempah chef ammar tu, boleh beli kat sini , fb: ChefAmmarSpicesOnline. Sebotol RM 22.00 je. Aku la yg jual tu, hihi;)




Okeh, selamat bermasak-masak.

"MASAK DENGAN HATI, MASAK DENGAN IMAN"

Sunday, December 21, 2014

Review: Bella sinus care untuk rawatan resdung

December 21, 2014 0 Comments
Hai, hepi holiday! Hihi

Currently at semenanjung, rumah mak pak, sebab esok nk bercuti ke Langkawai, yey! Sampai tanah tumpahnya darah airky ini hari jumaat, jam 8.00 mlm. Penat toksah nak cerita la sbb siang tu aku keje lagi. Pulak tu, bawa sekali pulak ikan bilis Sabah 30 kg. Penat ai tau.

Sebab tu, singgah Subway utk reward diri sendiri sbb berjaya bwk ikan bilis 30kg dgn jayanya. Dah mcm hulk pulak rasanya tahap keperkasaan itu. Kahkahkah.

Before balik semenanjung, hari Selasa kalau tak salah, pakcik aku dtg Tawau, buat site visit. Sekali hantar tender la kut. Dtg Selasa, Rabu petang dah balik. Sebelum balik tu, mai la kita makan seafood buat sebarang dua. Lagipun, mcm x sopan je anak buah ni x bawak pakcik eh berjalan. So, destinasi pilihan, Restoran Seafood & Steambot Sri Titingan.

Aku ni sebenarnya peresdung tegar ok. Tegar bukan sebarang tegar, ni yang bila ko makan je udang, sotong, seminit kemudian 》》》》 dah gatal gatal hidung. Tenyeh - tenyeh hidung sampai merah muka. Kalaulah hidung tu boleh tanggal-tanggal, dah lama aku buat agaknya!

Pagi-pagi pas mandi mesti bersin bersin, kuat pulak tu, boleh dengar sampai bilik depan. Hidung berair-air je, asyik nak srooooot - sreeeett je.

Tapi, bila mkn seafood hari tu perasan, eh, dah tak gatal hidung. Yey. BAHAGIA. Korang yang takde resdung serius ni memang tak faham keperitan kitorang. Mkn seafood sikit gatal hidung tekak. Rasa mcm ada kutu berjalan atas kepala, padahal bukan kutu, tapi ulat resdung! Setiap pagi ada kahak / mukus yg x pandai hilang. Memang sengsara lah! Bersin mcm nk tercabut anak tekak.

Tapi, sekarang, aku dah kurang simptom2 tu, siap boleh kata sekarang dah takde. Puncanya? Ini : BELLA SINUS CURE



Makan 2 biji sehari selepas mkn mlm. Alhamdulillah, serasi. Orang kata kalau jerawat asyik tumbuh je, berulang kali buat masa yg lama, dalam kes aku ni, jerawat teruk sejak aku form 3. On off on off jerawat. Bila elok sikit je, minggu depan teruk balik. Sampai la umur aku sekarang ni 26 tahun. Bayangkan berapa lama tu? Puncanya, aku x cure the problem from inside, which is RESDUNG. Asyikla tukar tukar pencuci muka. Duit habis, tapi muka cam gitu je.

Jadi, kalau korang ada simptom simptom mcm aku, better cure dulu dalaman. Mkn ubat resdung, dan semestinya pakai pencuci muka yg sesuai. Aku ada review pencuci muka apa yg aku pakai sekarang : Himalaya kat sini.

Rawat resdung tau! Baru boleh bernafas dengan bahagia. Mkn seafood yg super duper nyummy bukan masalah lagi lepas ni!

Thursday, December 18, 2014

Beli laptops Lenovo dapat hadiah bernilai RM 50,000.00. Wow.

December 18, 2014 0 Comments
Pagi tadi Pilihanraya Kampus Kolej berlangsung. Lepas je punch card pukul 7.3- pagi, terus setup tempat nak mengundi. Siap letak tempat duduk khas untuk pemerhati bebas uooolls. Nasib SPR tak datang tengok. Tehehehe.

Peratus yang datang mengundi kali ni ramai, rasanya paling ramai sejak 2 tahun setengah aku kat sini. Ada lah dalam 84.5%. Tahun lepas punya pilihanraya pun tak tinggi macam ni. Masa team SPR kira undi, sampai je lebih daripada 80%, wahhhh, semua muka lega. Alhamdulillah. Mahu kena bambu dengan bos kalau peratus pencapaian pelajar keluar mengundi kurang daripada tu. 

Kita rehat dulu lepas siap semua. Nak nak pulak dah dekat masa rehat, ewahhhh, duduk-duduk dulu sampai layan video. Best eh, layan video, skrin besar punya, LENOVO yang lajuuu pulak tu. 

Sempena nak Krismas ni, berita baiknya, Lenovo Malaysia ada buat promosi. CHRISTMAS PROMOTION nama dia. bermula dari 6 - 31 Disember 2014, sehingga RM 50,000 supermarket sweep challege menanti!



Ada device yang dijual secara bundle macam ni, ada jugak promosi satu-satu. Yang bestnye, dengan setiap pembelian dapat shopping voucher. Bestnye! Dulu-dulu, aku selalu dapat shopping voucher dari Jusco jerk. Tu pun dah eksaited betul!


Selain daripada tu, ada juga promosi untuk Yoga range, laptops, notebooks, desktops dan jugak tablets. Dengar-dengar review daripada geng-geng teknokrat kolej ni, tablets lenovo pun quite best. Harga pun affordable.


Untuk setiap pembelian masa promosi sempena Krismas ni, dapat banyak free gift. Contohnya Lenovo bluetooth speaker, bluetooth keyboard,backpack. Siap boleh dapat screen protector lagi!

Kalau korang dah beli lappy Lenovo baru-baru ni, tapi tak sempat merasai Promosi Krismas, jangan risau. Boleh redeem free gift jugak kat Lenovo. 

Cara dia? Klik sini: Lenovo

Monday, December 15, 2014

Perempuan ada 3 bakat semulajadi?

December 15, 2014 0 Comments

Betul ke kita gigirl ni ada 3 bakat semulajadi? Betul ke? betu ke? Setahu aku yang dah doploh enam tahun lahir sebagai gigirl, ada banyak bakat kita yang terendam dan tak terendam kan? memasak? menjahit? Kan? Tu belum masuk buat muka comel bila nak mintak tolong.

Jadi, dari perspektif lelaki, apakah bakat semulajadi kita gigirl yang paling utama yang selalu dibincangkan antara mereka? 




Aha, 3 bakat paling utama, paling obvious la kononnye:-

1. Bagi duit, habis -----------> opkos la, duit untuk dihabiskan, ye dak? Kalau                                                  tak buat ape penat-penat keje -,-
2. Marah sikit, nangis ----------------> Pompuan kan hati lembut, sensitif, sebab                                                        tu kitorang jadi mak. Kalau laki hati tisu                                                           macam tu, jadi mak nak?
3. Makan sikit, terasa gemuk---------->Ok, ini BENAR. Dan memang aku GEMUK


Tapi, yang tak boleh blah, kat bawah ni:


1. Pandai cover kentut--------> Kentut kena cover ok, buat malu keturunan je,                                                  muka dah gojes, sekali kentut kuat. Euww
2. Korek hidung--------->Seriusly, sape yg nak korek hidung depan2? Gila?


Cakap pasal korek hidung, aku teringat plak, classmate masa aku study. Member ni, ok je, tak lokek kalau kita mintak tolong. Tapi satu je kekurangan dalam perangai dia, dia suka korek hidung, depan2 lagi ok. Kira, kalau dalam dewan kuliah tu, dia duduk depan2 pun, boleh selamba korek hidung. Boleh bayangkan betapa euwwwwwwnya kegrombolan itu? Tak sure la pensyarah yang mengajar tu perasan ke tak. Tak tergamak aku nak tengok.

Tapi, kita as  a ladies ni memang dilahirkan dengan sifat pemalu, sensitif, kan? Sebab tu kentut pun tak bunyi, ekekekeke. So chill la, dah memang kitorang sangat hebat dan berbakat, nak buat macam mana?

U guys, kalau tak puas hati, boleh je try kentut tak bunyi, kalau terer lah! Kalau tak terer, sebab tu kentut bunyi kan? Memang, korang memang, pengotor. Euww.



Follow Us @soratemplates

Followers

Google+