SweetMuslimah.com

Wednesday, October 8, 2014

.................

Dicelah celah kehidupan
Kadang kita lupa
Pencipta mahukan kita kembali
Ibu bapa mahu diingati dan disayangi
Anak murid yang mahu dicontohi
Rakan sahabat yang mahu diteladani


Dari keringat yang tak pernah putus
Dari tenaga yang tak pernah habis
Dari pemikiran yang tak pernah tumpul
Dari ingatan yang tak pernah mati
Jalan kembali yang penuh berliku
Sebahagiannya kecundang di tengah badai samudra
Sebahagiannya goyah dek hasutan nafsu dunia

Dan aku?
Saban hari menghitung waktu
Akan tergapaikah impian setinggi langit itu?
Akan terjangkaukah pemikiran sedalam lautan bergelora?
Atau lesu dibaham angin sepoi bahasa

Yang pasti,
Dalam kegetiran usaha yg kadang malap
Dlm gelap dunia di siang hari
Aku menanti
Semestinya, terus menanti


.................
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+