SweetMuslimah.com

Tuesday, September 23, 2014

Miss, nak coklat lagi.

Hari ni masa nak mengajar kat kelas, terfikir nak buat something different la. Feel too lame mengajar macam biasa, mengajar guna white board / power point. So, aku come up with an idea, bgtau my collegue,

 "Apa kata kita buat explorace hari ni?"

Yes, betul, explorace, ala yang macam selalu tengok tu. Running man pun salah satu acara explorace jugak. Tapi yang aku buat ni, explorace sambil belajar. Kenapa sambil belajar? Sebab tajuk soalan yang ditanya semua berkisarkan topik pembelajaran hari ini. Siap ada tambahan acara cari - mencari soalan lagi dalam bengkel. Tapi kertas yang aku sorok tu banyak pulak yang hilang. Student aku ni lagi ramai yang pandai dari aku. Puih.

Sebenarnya, idea ni datang sebab aku tensi, sepatutnya student kelas aku ni kena present something. Tajuk, skop kerja semua dah diberi. 2 minggu yang lepas pulak tu. Tapi, bila aku masuk kelas hari ni, tak siap pun presentation slidenye. Bila suruh present, tulis / lukis kat whiteboard, gagap2 plak. Haih. 

But, dont stress up. Memang macam ni realiti kat kolej sekarang. Kena faham dan tahu, yang latar belakang student kita tak sama macam kat tempat lain. Mentaliti diorang pun lain. So, the only conclusion is, accept teh fact and find the countermeasure. Tu yang aku rasa, why not kita gunakan sikit kudrat dan ransang daya pemikiran student kita ni? Hihi. Afterall, they're not weak, they just doesnt realise their strength yet.

Umpan dengan coklat yang aku beli kat Langkawi hari tu, reward, siapa yang paling cepat siap, dapat coklat paling banyak. Perghhhhh, kelam kabut semua buat soalan. Yang bawak buku, bukak buku, yang ade smartphone, search kat internet. Boleh nampak usaha diorang walaupun belum 100%. 

Tapi ade kelemahan cara aku hari ni. Yang aku perasan, student aku, they tend to copy their friend's work, tak fikir pun salah ke betul. pehtu, bila dah search kat internet, they got too many information kan? So, they just blank. Tak tau mana satu yang betul, jawapan yang sesuai dengan soalan, atau tak. Mata diorang nampak macam itssss soo confusing. Macam tu la.

Yang aku pulak, kemain semangat sorokkan kertas soalan terakhir, konon nak buat ala2 Running Man, last-last aku yang terkejut. hilang weh kertas tu semua. X tau la siapa yang amik @ sorok. Aku sorok 4, yang jumpa 2 jek. kalau la RM pun jadi kes gitu, hahahaha, pucat muka nak habiskan penggambaran.

Tapi, kesimpulannya, kena mantapkan cara pengajaran aku. Aku kena lebih kretif nak menarik minat pelajar kepada sesi pengajaran mcm ni. Aku pun faham, kalau duduk, dengar je pensyarah mengajar, yang pandai, inshaa Allah lekat ilmu tu, yang kurang serius macam aku, alahai, kalau masuk 50%pun dah unbelievable. Agaknye, sebab itu lah Allah takdirkan aku mengajar kat sini. Aku pun dulu 2 X 5 memeningkan kepala pensyarah. Hihihi. 

Pelajar ni bukan x pandai,they just need something to boost their minat, kecenderungan. Tak semestinya dengan wang ringgit, harta bende, sometimes bende2 kecil macam pujian, ambil berat yang lebih berbekas dihati. Cewahhhh. Lagipun, kepandaian @ kebijakan dalam pelajaran tu suatu bonus, bila moral dan keperibadian yang positif tu tinggi. Dan aku yakin student aku semua bermoral tinggi Inshaa Allah.

Akhirnya, jawapan yang aku dapat hari ni.......

"Miss, nak coklat lagi" >,<


Miss, nak coklat lagi.
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+