Thursday, September 11, 2014

Langkawi Day Trip

Langkawi Day Trip | Hari Ahad minggu lepas aku and the gang berkunjung ke Pulau Langkawi. Bangun awal pagi weh, dalam sejarah sarapan awal semenjak berKIPA nih, 7.00 pagi dah turun sarapan.. Selalu pukul 8.00 pagi baru menjelma kat dewan makan. Pengaruh shopping bebas cukai la katakan, hihihi

Kitorang bertolak dari UUM naik prebet, term ni famos amos lah dgn bebudak u. Aku bukan budak, aku tinggi dan godang sikit dari budak kihkihkih. Brader prebet yang hantar kitorang senyap semacam je. Konfius aku, kitorang yang patut senyap, ke brader drebar yang malu malu biawak?

Perjalanan dari UUM ke Jeti Kuala Perlis ambil masa dalam 45min~1jam. Tambang yg dikenakan RM50. Oh, lupa nak bagitau, kalau nak ke Langkawi, ada 2 cara, samada dari Jeti Kuala Perlis atau Jeti Kuala Kedah. Ikut sesuka hati nak ikut tang mana, yang pasti kedua -duanya sampai jugak ke Langkawi.

Tambang feri dari Kuala Perlis RM18 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak. Murah ke idok? Hehe. Dan perjalanan lebih kurang 1 jam macam tu. Aku tak berapa sedar, naik feri, lepas tengok cerita, terus membuta. Sedar-sedar je dah sampai. Senang hihi.

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Tiket dewasa, tapi nak kata kanak-kanak lanjut usia pun bolehhhh.

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis

Welcome to Langkawi uols. Ohsemnya keluar dari terminal jeti, kitorang rush beli tiket balik dulu. Takut lambat, semua tiket habis, minum ayor laut la gamaknye. Kaunter tiket Langkawi berada di belakang KFC & Kenny Rogers. Uoll nanti carik je 2 kedai ni, kat seberang jalan, tapi pastikan keluar dahulu dari bangunan terminal jeti tu, kalau tak, sampai malam pun tak akan jumpa.
 
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis

Agenda utama, jeng jeng jeng :

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Shopping di Kompleks Haji Ismail Group (HIG) lah.

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis

Datang sawan aku tengok coklat banyakkk giloss. Aku yang tak makan coklat pun merempan beli coklat sampai 2 ratus. Mataiiii, sapa mau habiskan ni? Jadi, hasil tangkapan hari tu adalah :

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Coklat

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Pemanggang Ajaib brand HiG

Coklat yang sedap nak mampus (Kagi, Loacker, Pepero) semua sedaplah, sebab aku pandai pilih kahkah dan pemanggang ajaib brand HiG (tokey sendiri mengayat mokcik-mokcik beli pemanggang ajaib, katanya sama kilang dan kualiti dengan brand are-ikan)

Tapi memang kelengkapan memasak kat sini memang besttttt. Menyawan sensorang kalau bawak duit tak cukup nak shopping. Pening weh nak korek tang mana lagi nak dapat duit, macam aku.

Ada banyak lagi tempat shopping selain HiG, antaranya :
1. Idaman Suri (ini pon famos amos, banyak design & harga untuk barang dapur)
2. RAMS
3. The Zon
4. Langkawi Mall

Pilih-pilih, jangan tak pilih, yang penting jangan lupa bwk duit okeh!

Untuk day traveller macam aku, lagi senang kalau guna perkhidmatan sewa kenderaan. Dan kitorg dapat sewa Perodua Viva, dengan harga RM40 je. Quite cheap la for a day. Kalau belum sewa kereta, jangan risau cik kak, cik abang, sebab keluar je dari bangunan terminal, kompem korang akan dipujuk rayu oleh perayu kereta sewa. Haha. 

Pilih, tapi make sure pilih yang reliable. Sebqb ade banyak kes, pelancong ditipu kaw-kaw punye harga sewa. Padahal rate biasa, Viva / Myvi RM40~60. Kalau Mpv RM100, Sedan RM70~80/ day. Tapi kalau dapat yag lebih murah rezeki la tu.

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis
Ehem, awat duk terkangkang tu cik kak?Tak bedung kaki ke?

Kitorang tak sempat berjalan pun, shopping je sempat. Ambik gambar Dataran Lang pun dari jauh, dari terminal jek. Dataran Lang dengan terminal pun sebelah menyebelah je pun.

Balik naik feri jam 7 malam. The last one. Perkhidmatan feri adalah setiap 1 jam rasanya. Tapi kena masuk awal la, ala-ala kat airport. Sebab feri kat sini very punctual. Lambat ko tinggal. Berenang la balik Perlis.

Tapi, ade tips ye if korang nak shopping dan balik naik feri. Make sure belian korang tu, masukkan dalam beg, jangan nampak macam korang bawak berbondong-bondong plastik. In case ditahan pihak berkuasa before naik feri, kena bayar 30% dari jumlah belian.

Sebab untuk kawasan free duty, memang ade certain limit uoll boleh shopping, lebih kena bayor la nak. Tu tandanya uoll banyak $$ ler tuh. Banyak nau shopping. Eheh. Kalau yg rasa mahaiiiii, kensel terus tak jadi nak bisnes online. Nak senang, balik bawak beg baru. Eheh. Lagipun, boleh beli beg tarik yg 360° pusing. Murah-murah youuuuu. Believe me lah.

Jadi, jumlah perbelanjaan kami :

1. Sewa prebet UUM~Kuala Perlis =RM50 + RM60(Kuala Perlis-UUM) = RM110
2. Sewa kenderaan kat Langkawi=RM40
3. Isi minyak kereta=RM15

Total = RM (110+40+15)
= RM 165 / 3 orang
= RM 55 / 1 orang

☆☆☆☆Tambah RM36 tambang feri, jumlah semua RM91. Kira korang prepare RM100 untuk bayar transport sahaja.

p.s: Kalau nak stay lama bercuti @ honeymoon ke, more than 3 days, ade alternatif lain, bawak kereta sendiri. Ada perkhidmatan feri yang bawa kenderaan, nama dia Feri Ro-ro. Search la, ade dlm fb jugak.

Cara ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis

From Langkawi with ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥





No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (102) Lifestyle (81) Personal (66) Resepi (37) Tips blogging (38) travel (51)

Contact Form

Name

Email *

Message *