SweetMuslimah.com

Tuesday, September 16, 2014

Kecurian di surau Pudu Sentral


Okey, dah kembali ke tawau. Meneruskan kehidupan sebagai tawaurian sebentar. Sedihhhhhhnye tinggalkan rumah tadi. Sedihnya hatiku panjang dan berliku seperti gambar sungai tuhhhh...Hukhukhuk. Konon nak menangis la tuhh. Yeye jek, tau dek mak, mataiiii kena perli.

"Dah besar gajah pun nak nangis? Tak malu"




Budak kecik ni meraung raung nak ikut aku balik tawau. Alahai sayang, intan payung buah hati pengarang jantung acik, kalau awak muat masuk dlm beg acik, dah lama acik bwk awak dtg sini. But, words of advice from me, tak pyh ler ikut. Nnti mlm2 acik kena salinkan pampers awak, buat susu. Belum lagi awak memerut, ohhhhhhhhhhhhh. Habislah quality sleep Acik. Sebab acik bace, nk cantik kena rehat cukup. Nanti, acik x cantik, mcm mane nk carik pkcik untuk awak???
Hahaha, panggggg sedas. Dasar pem.


Tapi, Sedih jugak sbb baru nak rapat dgn budak kecik ni, dah terbang balik. Esok2 aku balik makin godang budak ni, dah x ingat aku >_< Dgn kegodangan badan yg mcm dipam pam, huh, kompem, hilang terus aku dari memori dia.


landing je kat airport Tawau, text abah sat, tup2 abah bagitau, purse adik yg belajar kat UPSI kena curik. Dalam surau pulak tuh. Pudu Sentral. Astaghfirullah. Dugaan.
Purse kena curik masa adik pegi ambil wudhuk. Purse tu dlm beg, . Nk dijadikan cerita pulak, adik aku wudhuk, die tinggal je beg die, sbb rasa, eh, common la, surau kot, takkan ade org sangap mencuri dlm tmpt ibadat kan? Fikiran suci murni kan? But, thats happen, n the purse gone.

Yg buat aku ralat sgt, adik aku ni guna her ic as her password for the atm card. Dua2 pulak tu, bank islam as her ptptn account, and bsn. Dah lah duit ptptn baru masuk, baru nk start sem baru. Duit dah gone. RM2700.

Nasib baik, sebelum hantar adik tu, abah bagi duit sikit. Dan nasib jugak, hp dlm poket. Adik aku call abah menangis bgtau hal ni. Masa tunggu abaf fetch pun, menangis die tepi jln. Aku tak dpt bygkan ape yg die rase, sbb bg student, rm 2700 tu sgt byk. Ko boleh hidup dgn duit tu for 6 month. Alangkan org yang dah keja, gaji 4000 sebulan, nk keluarkan 2000 pun susah. Ini student.

Tapi tak ape lah, ini pengajaran dan peringatan dari Allah. Lepas ni, kena beringat lebih, bukan setakat org yg kena curik tu, kakak2 dia dan kakak2 kat luar sana pun kena beringay. Jgn ingat tempat tu masjid, surau, tempat tu selamat. No. It is not safe anymore. Biar jadi mcm extra precaution pon, macam amik wudhuk gantung beg kat leher, masa solat kalau ade kwn, solat bergilir supaya ada org jaga brg,kalau sorg2, pastikan beg tu berada pd kedudukan paling strategik, yg ko boleh rasa bila ada pergerakan sikit pun,sbb kena beringat, dan usaha walau nampak remeh dan menyusahkan, tetapi hak kita terjaga.

Sang pencuri, ko cari lah nnti kat padang mahsyar, semua mangsa ko. Balasan Allah tu pasti, cepat atau lambat je. Insya Allah satu hari nnti, ko akan rasa apa yg org lain rasa.

Ehem, ini pun doa aku, kpd org yg aniaya aku dulu. Semoga Allah merahmati dia, dan dtgkan kesedaran dlm hati dia.

Extra precaution, jaga diri, selebihnya serahkan kpd Allah. Walaupun kita dah cuba sehabis mungkin, tapi hal2 mcm ni tetap jadi, sabarlah. Itu dugaan Allah. Anggap lah, itu sebagai cara nk sucikan harta kita. Mana tau sebelum ni kedekut nk sedekah? (Peringatan utk aku jugak, pehni, kena ikhlaskan hati, rajin memberi walaupun sedikit)


Dannnnnnnn, kreatif sikit untuk password kad atm ke internet banking. Jgn guna ic. Kalau nk jugak guna ic, gunalah ic mak, pak, adik, kakak, suami. Yg penting bile kad kena curik, they cant retrieve the password. Sekian.






*aku nk tulis adik, tapi asyik tertaip afik. Ceh. Jari besar sgt. Tak cukup kotak huruf jadinya*





ps::Eja, sabar ye, kami ada. We will always be your payung to help you:)
Kecurian di surau Pudu Sentral
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+