SweetMuslimah.com

Saturday, September 6, 2014

Cara terbaik untuk balas dendam dengan your ex?

Ye, ini betul. Memang nak bagitahu cara cara yang paling terbaik untuk balas dendam dengan your so called honey.ex.
Tapi mula mula sekali nak tanya, kalau putus chenta kan, harus menangis ke? Tak kira la ape sebab putus, siapa yang salah.

Sebenarnya, masa adalah peneman terbaik kita disamping family & fren. Aku ni, nak kata terer, tak la kan. Terer membongak adelah. Tapi, its an experience dan i have through it. Lain orang lain cara, ye dak?

Tentatif balas dendam diatas kesengsaraan yg dihadapi adalah:
1. MENANGIS
Kenapa kena menangis? Sbb, cry release pain. Mengikut kajian, entah kat mana aku baca, org yg menangis lebih tenang berbanding org yg bajet kool selepas perpisahan.
So, sila menangis. It will ease your pain a bit.

2. STOP STALK FB @ TWITTER @ INSTAGRAM @ what so ever
Okeh, yg ini aku selalu langgar. And sometimes, aku stalk lg. Tp untuk suka suka la. Haha. Saje je. Tapi, suatu ketika dahulu, dimasa sel-sel otak kurang berhubung,bengang je, siap unfriend terus okeh. Emosi berlebihan. Ahaks;)... Tp skrg, chill la. Wat pe unfriend,tak pyh. Tak matured betul perangai mcm tu. ( tapi yg tu aku buat before this, hihi)

3. PENUHI MASA DENGAN KELUARGA & KWN KWN
Sudah semestinya family kena menjadi keutamaan. Kalau sebelum ni sarapan, lunch, dinner dgn ex, kat rumah pun asyik tecting, bergayut ala ala cimpanze tak hengat dunia, kat kolej pun asyik nk dating smpai tinggal roomate sensorg, bercinta mcm dunia korang yg punya, rentikanlah benda2 lagha tu semua. Spend quality time with family n fren. Be with them. Eat with them. Watch movie with them. Tapi tido kat katil sendiri la okeh. Takkan dah tua2 gabak nk tido celah ketiak mak lg? Over tau. Aku pun, skrg baru aku belajar, dan praktis texting my mum and dad. Nk keluar rumah cium pipi mak dgn abah aku. Dan dulu, bila aku flashback, aku x brape nk buat semua tu. Hubungan aku dgn adik bradik pun dah semakin rapat. Lg satu faktor, zaman muda aku telampau garang agaknye? Tp kan korang kalau sedih, cerita problem dekat sape? Aku, abah aku! Hehe. My dad my hero, but, my mum my heroin. ;)

4. BUAT BENDA YANG KO SUKA
Fill your time with your family n fren, buat bnde yg ko suka. Mcm pg jogging sesama ke, jungle trekking ke. Jgn pulak hobi ko membuta, ko berjemaah pulak membuta. Isk. Org lain sedih bdn makin selim, ko makin mcm tong drum.

Okeh, skrg aku tgh kursus KIPA kan, kat UUM sintok, kedah. UUM dekat dgn Langkawi tauuuuu. Yey. Esok free, nk pg bejalan ke langkawi lah ni. Actually, hobi baru aku adalah bejalan melancong. Baru je sedar. Hahhah. U all, pg holiday, take photo yg cantik2, post dlm fb. Tp jgn bergaya x semenggah pulak. Naya nama keluarga.
Belajar masak kalau x tau masak. Tak rugi pun blaja kan, sendiri jugak untung. Blaja dgn mak, selain dpt bonding time yg berkualiti, dpt resepi turun temurun mak. Kn best?

5. PERBAIKI DIRI SENDIRI
Lastly, improve yourself. Kalau sebelum ni ade degree je, maybe boleh sambung master, phd kalau mampu skli. Jgn pulak develop penyakit hasad dengki, ni pun phd gak.

Renung diri, tengok, ciri mana yang kita compang camping. Koyak. Iman kita. Hubungan dengan Allah. Perbaiki dulu. Kalau kekasih manusia kita boleh duk ingat 15 jam, kenapa kekasih abadi kita buat x endah?
Perbaiki hubungan dengan manusia. Kalau dgn Allah, kita bolen mohon ampun. Allah kan maha pengampun maha penyayang. Sentiasa Allah ada utk kita mohon ampun. Tp, kalau kita tak sempat minta maaf sesama manusia, mencarilah nnti dlm lautan manusia kt pdg mahsyar nnti. Naudzubillah.

Move on. Be better then before. Itulah revenge terbaik yang boleh kita lakukan. Berjaya dlm hidup, dunia akhirat. Inshaa Allah, Allah dah tentukan yg terbaik buat kita. Ajal maut, jodoh pertemuan Allah dah tentukan. Tunjukkan yg hamba Allah tu rugi bila lepaskan kau. So, jg merempan, nk bunuh diri bila jd hal2 mcm ni, Allah kan ada?:):):)

Nah, cik lintah yg ikut ms habis jungle trekking. Ini kuruih lg, yg gomok kenyang dah kena buang dlm longkang. Ngeri. Hari ni je kena 5 ekoq, siap betanda love kt kaki.

Blaja la masak, ni resepi apam balik buatan sendiri. Mudah, sonang, dpt letak jagung byk2 tanpa cas, tak payah beli lg.
Ini pun rembat kt fb je. Hihihi>_<

Cara terbaik untuk balas dendam dengan your ex?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+