SweetMuslimah.com

Wednesday, November 6, 2013

KEMALANGAN DI SABAH. PAHIT SUNGGUH PENGALAMAN INI.

Puas jugak aku google google, di internet, kalau-kalau ada orang yang share/post kisah diorang kemalangan dengan suku etnik Sabah ni, Bajau precisely, tapi tak ada. Ralat jugak. Tapi oleh sebab tak ada itu la, aku ambil keputusan, I should share this with people. Biar orang tahu, macam mana sebenarnye kaum-kaum yang suka ambil kesempatan, menangguh di air yang keruh ni.

Ceritanye bermula begini. Hari Jumaat lepas, aku kemalangan dengan seorang wanita, yang sampai sekarang aku masih tak tahu namanye, keluarganya sikit-sikit. Aku drive kereta on the way nak ke kolej, sampai di tempat kejadian, sedikit sahaja selepas simpang, tiba-tiba wanita (aku kenal as Kak Lita sahaja) melintas jalan. Tiba-tiba je tau! Dan keadaan jalan yang sesak mcm tuh. Im shock, couldn't control my car, and accidenttt..huhuhuhu:'(

Aku bawak kakak tu ke hospital, dan kat situ la bermulanya peristiwa menarik. All the family came, yang rapat dan juga yang tak rapat langsung! dan they creat chaos, dan ade sorang tu almost nak tumbuk aku. Luckily, ada ramai kawan-kawan kolej yang willing to help me, support me, siap jadi perisai in case aku kena tumbuk. Thanks a lot #Kak Aini, #Kak Ogy, #Kak Ti, #Kak Is, #Kak Nor, #Adila, #Amal, #Daus, #Fell. Jasa korang tak terbalas.

Dapat advice from nurse, no need to see their family masa tu jugak, sebab diorang masih dalam keadaan marah. Nanti jadi ape-ape pulak kejadian, macam mana. Dan sebenarnye, orang yang konon nak tumbuk aku tuh, sebenarnye tak rapat langsung dengan family tuh. Penambah perisa mungkin. ?

Dan petang tuh, kami sepakat bersama untuk ke balai polis. Buat laporan. Jumpa dengan Sjn. Mustari Esran. Dan ada perbincangan berlaku disitu. Oleh sebab laporan tidak dibuat, kami sepakat selesai cara baik la. Aku bagi wang perubatan, sebab walaupun Kak Lita yang meluru tak tengok kiri kanan macam sengaja mahu dilanggar, aku masih dilabel sebagai orang yang melanggar. Berat tuduhan itu.:'(

Perbincangan disitu, aku setuju untuk memberi RM200, dan kemudiannya dinaikkan kepada RM300. Tapi tak sempat aku bagi, mereka terus beredar. Tapi sebelum tu, bapanya Kak Lita minta aku tanggung untuk buat kenduri la, apa la dengan bayaran sebanyak RM2500..Boleh bayangkan apa yang aku rasa? Patutla jalan terus..

Dan selepas itu ada la banyak miscol, dan beberapa ugutan yang disampaikan oleh kawan seopis yang pernah pergi ke rumah Kak Lita. Sampai ada ayat, "kalau aku langgar dia balik, aku bagi RM2000". Ini semua gara-gara yak puas hati aku bagi RM300 je.

Tolong la. Aku rasa, semua orang tak mahu dilanggar, dan tentulah semua tak mahu melanggar jugak. Macam mana aku berjaga-jaga pun, kalau Allah dah tulis, mesti jadi jugak. Dan yang buat aku marah sangat, their family balame me for the accident. 100% aku yang bersalah! How come? Then again, it goes to, aku yang melanggar....Tapi kan itu semua kemalangan.

Aku tak mintak orang kata aku tak bersalah walaupun aku rasa memang aku tak bersalah, tapi tolong ada pertimbangan sedikit. According to hospital , the injure sedikit je. But, gaya penceritaan tu, macam aku langgar orang sampai mati!

Semalam ada satu sesi perbncangan lagi, dan ayahnya still berkeras nak RM2000. Apa, ko ingat aku mampu nak bayar? Menangis aku call mintak tolong dekat abah dengan mak, nak pinjam duit. Katanya perbincangan, tapi sebenarnya dari awal lagi nak duit je.

Aku tahu, ade yang cakap, duit boleh dicari, nyawa macam mana? Betul. Correct. Tapi, trauma aku ni macam mana. Kene asak bertalu-talu macam tu dengan keluarga yang besar, sedangkan keluarga aku jauh. Its so unfair. Aku memang niat nak membantu, tapi cara diorang meminta ni, secara paksa sangat membuatkan aku sakit hati. Aku tak lari daripada tanggungjawab. Tapi diorang menyalahkan aku 100%. So unfair.

Nasihat daripada ayaha aku, minta pihak mereka siapkan surat jaminan, mengatakan selepas pembayaran dibuat, aku tak akan ada apa-apa kaitan, ataupun pembayaran lagi. dan jaminan aku tak akan diganggu dengan panggilan telefon yang menggila. Juga clarify, untuk apa duit RM2000 itu diperlukan. Aku ikut. Dan rasanya hari ni aku akan call Haji yang kononnya fair and square tu untuk bagitahu syarat aku.

Mungkin dah tertulis aku akan lalui pengalaman ini, tapi, aku amhu orang tahu, kemalangan, bukan terjadi dengan sesuka hati. Aku ralat sangat denagn semua ni, nampak sangat nak duit.! Entah-entah memang dah lama diorang buat keje macam ni. :'(

#Mak abah, ira sedih sangat ni. Inshaa Allah aku akan proceed untuk buat report polis, dan ancaman keselamatan. Mungkin akan buat keputusan untuk berpindah juga. Sebab, aku tahu, mereka tu golongan yang tak pernah puas, jungkin hari ji diorang dapat RM2000 dari aku, esok-esok??

#Tak semua orang Bajau tu jahat. Tapi yang segilintir itu la yang membuatkan nama sesuatu akum tu busuk!

Wassalam.


KEMALANGAN DI SABAH. PAHIT SUNGGUH PENGALAMAN INI.
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+