SweetMuslimah.com

Wednesday, July 25, 2012

Amali-Ujian Pengukuran bersama student

Puasa tak puasa, kerja tetap kena jalan. Biar la student aku merengek(merengek? macam budak budak pulak!) penat, nak balik awal, ada urusan lepas tengahari. Eh. Suka hati aku la. Dah dalam jadual aku, tulis kelas korang semua sampai pukul 3.30 ptg. Mesti sampai 3.30 petang la kan? Ciri ciri pensyarah ideal ni! Hahahaha. Tapi, sebenarnya aku pon dah tak larat sangat. Dari pagi kehulu kehilir berjalan, bercakap. Penat! (Kerja sikit je nak berkira.!Hewhewhew), so aku stop sampai pukul 1 je. Nasib baik ye kamu adik adik:)

Hari ni punya kelas senang je. Buat pengukuran. Kenapa pengukuran?

Sebab untuk sem ni, aku membantu pensyarah senior yang lain untuk kelas mereka. Modul kali ni, Rombak Rawat Enjin. Tapi, dari amali yang student student ni buat, hanya, buka, then pasang balik parts, dan enjin. There's no point u do the rombak rawat or overhaul thing. Thats why ade kelas pengukuran. Kami nak bagitahu student, ada parts dalam enjin yang memerlukan precise dimension untuk membolehkan enjin running pada optimum power. Bukan simply, enjin problem, terus tukar certain parts. If that certain part still in their tolerance, (according to the manual inspection book), then that part masih boleh guna, mungkin kita just polish or modified untuk dapatkan balik the parts clearance. Thats all. Senang je:)

Banyak guna balik angkup vernier. Dan juga micrometer.

Ini micrometer, ade banyak size

Angkup vernier. Ada 3 fungsi utama. sila rujuk rajah diatas!

Ada guna banyak lagi, macam Bore Gauge. Yang ni untuk mengukur kedalaman dan kerataan bore pada engine cylinder. Feeler gauge. Plastic gauge. Ini semua common alat pengukuran yang digunakan untuk modul Overhaul ni. Sebab aku malas nak google/ take picture, so, aku assume aku akan ingat benda alah ni semua sampai aku tua kot? Mana tahu? Ingatan kuat. Huahuahua(^_^)

Gambar budak budak nanti nanti aku upload. Saja je nak bagitahu sekarang aku ada student. Hewhewhew. Dah tua tua nanti boleh bagitahu orang lain, ni lah buktinya aku pernah jadi pensyarah. Tak gitu? 

Oh ye. Aku 'terdiscover' seorang student yang have the same age as me. Lahir tahun 1988. Korek punya korek. Oh. This student Zahid, dah ada diploma. Then why the hell u ada dekat sini lagi Zahid oiiii?? Pegi kerja la! Get a real experience! Tapi tak apa, as long as jadi studnet yang cemerlang, terbilang, gemilang, Beta sebagai cikgu cikgi ni tak kisah.Hehehehe. Jangan korang semua tahu umur aku sudah. Mampus aku. Hilang kerespekan seorang cikgu. Terus panggil KAKAK  je. Naya betul!

Nak balik la. Tata!:)
Amali-Ujian Pengukuran bersama student
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+